Saya Pengedar Shaklee Anda Di Melaka ID : 889793

Saya Pengedar Shaklee Anda Di Melaka ID : 889793

iklan

Followers

tinggalkan jejakmu

Thursday, 12 April 2018

Blog dah bersarang, Alhamdullilah aku disahkan hamil kembar...

Lama dah tak update blog.... rindu rasenya nak berkongsi...

Alhamdulillah insyallah bulan 7 ni ahli keluargaku bertambah.... bukan 1 tapi 2... aku disahkan hamil twin... memang selalu berangan bestnya kalau dapat anak kembar... ha hamik Allah pun makbulkan..

Sebelum ni memang aku merancang sendiri dengan makan maajun anggun bistari (MAB) tapi bila rase macam dah tua dan tengok anak kedua ku pun dah nak masuk 3 tahun rasenya elok la merancang untuk mengandung lagi. Kalau tunggu lagi usia pun makin tua. Jadi apa lagi stop la makan MAB tup tup lepas stop je terus mengandung.... sejak jadi pengamal tegar supplement SHAKLEE ni memang senang nak lekat kalau dulu 5 tahun aku tunggu...

Aku perasan aku mengandung bile aku berus gigi rase mual je, walaupun mase tu period aku belum lewat pun. Apalagi bile rasa badan lain macam terus amik UPT test... memang sah mengandung tapi lain lagi satu tu tak clear sangat.

Tunggu lagi 2 minggu, masa birthday aku 30/11/2017 baru pegi klinik pakar wanita liu & vincent untuk confirmkan. Setiap kali hamil memang kat situ la pegi scan untuk confirmation. Mase scan tu Dr Liu ckp confirm mengandung baru 5 minggu dan mungkin 1 je.

26/12/2017 baru pegi klinik kesihatan buat buku, masa scan tu Dr excited ckp eh ada 2 la... awak mengandung kembar.. betullah tekaan anak sulung ku sebelum ni die kate ade dua baby dalam perut ummi. Apalagi lepas tu punya la gembira telefon encik suami.


ni gambar klinik kesihatan
Bermula la episod mengandung kembar... Sekarang dah 24w tapi kalau tengok tuan badan dah macam orang nak bersalin.

Ramai yang tanya ada keturunan kembar ke? kalau sedara jauh tu ramai la tapi keluarga terdekat tak ada la pulak... mungkin ALLAH nak bagi anak ramai sebab aku dah dua kali bersalin cezer insyallah ini yang last.

Bagi rakan-rakan yang masih berTTC semoga ada rezeki anda untuk menimang cahaya mata. Doa, usaha dan tawakal. Insyallah allah akan makbulkan samada cepat atau lambat.

Rasanya sejak menjadi pengamal tegar supplement ni dengan izin ALLAH memang makin subur kalau tak control memang boleh mengandung tiap-tiap tahun.... tapi apa nak buat aku insan istemewa yang dipilih hanya boleh bersalin secara pembedahan je jadi tak boleh la nak mengandung setiap tahun hehehehe...

Doakan semoga aku selamat melahirkan si kembar ye...






Friday, 12 February 2016

Dah 2 tahun anak ummi

2 tahun lepas masa ni aku baru lg bergelar ibu.... Muiz lahir kol 8.34 pagi secara ceazer... Allah je tau perasaan takut aku pagi tu... Pagi2 dah bgn sembahyang subuh pastu siapkn diri utk g dewan bedah.. Aku kene siap awal sbb aku patient pertama yang akan dibedah pagi tu oleh Dr Tham kt Dewan bedah utama. Nasib baik en Suami pagi dh dtg teman smpilah ke pintu msuk dewan bedah. X tau masa tu nk jadi apa kt dalam dewan bedah nnt... hanya yg mampu zikir dalam hati semoga semua dipermudahkan...

Nak dijadikan cite masa operate aku tu Dr cakap die terpaksa buang juga fibroid aku sbb dah blocking baby dari keluar... disebabkan tu aku kene msuk 2 pain darah sbb bleeding.. patut la mase tu diorang kt dlm dewan bedah mcm kelam kabut tambah jarum drip kt aku, rupanya aku bleeding... Nasib baik aku stabil sbb ada kes yang buang fibroid mase bersalin msuk icu sbb byk hilang darah.. Syukur Ya Allah...

Muiz baru lahir

Pernantian aku n Suami selama 5 tahun 9 bulan berakhir ngan kehadiran anak syurga ni Muhammad Muizzuddin... yang juga cucu pertama dalam keluarga aku dan suami... Semua eksaited... Muiz jadi buah hati semua orang..

Muiz di hari ke 2
Moga muiz jadi anak soleh.. sentiasa mengigati Allah.. Ummi, Walid dan Auni sayang Muiz... :)

gambar Muiz dr lahir smpi pg td. 


Monday, 1 February 2016

Rezeki anak ummi

Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakn untuk aku n anak.... Dapat fully breastfeed auni smpi skrg... Bru 5 bulan... Semoga dapat sampai auni 2 tahun...

Semua ni kene ada kekuatan mental n fizikal, klau x kuat mmg la x bleh sbb nk kene rajin mengepam masa kt opis klau x production akan kurang... Buat ibu2 yg nk fully breastfeed kene kuat ye... bukan mudah, bukan nk menakutkan dan melemahkan semangat korang tp nak berkongsi apa yang saya rase... Insyallah semua akan dipermudahkan.

hasil 4 Januari 2016

rezeki auni 8 Januari 2016

Ni bukan nak menunjuk tp sekadar peransang untuk ibu2 yang lain... ade orang lg banyak dr ni... sebab diorang lg rajin dari saya... Saya sekali je mengepam kt opis... klau nak jadi seperti saya cubalah amalkan set ni.. insyallah dengan izinNya banyak la susu anda....



set asas shaklee


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Berminat? Sila emailkan kepada marinimohidden@gmail.com Or SMS ke 012-6101476 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.

Wednesday, 30 December 2015

Anak-anakku membesar dengan vitamin shaklee



Dari dalam rahim lg anak- anak dah biasa dengan vitamin shaklee. Aku mmg x pernah mkn vitamin sintetik ni... bkn apa buat apa nk amik yg sintetik klau ada yg semulajadi... Kesian anak2 dr dlm rahim lg dh dibekalkn dgn yg x ori....

Diorang dh lahir pun aku still consume vitamin gak sbb nk pastikn bdn aku ckup vitamin Dan dpt supply susu yang berkhasiat lg lazat.... Aku amik supplements utk tingkatkn susu dan bg tenaga. Alhamdulillah dapat la aku menyusukan muizzuddin secara eksklusif selama setahun pas2 dah mengandung production susu merundum terpaksa la campur...

Skrg untuk anak kedua alhamdulillah aku dpt fully bf. Syukur ya ALLAH semoga dpt teruskan smpi auni umur 2 tahun. Skrg production lg byk sbb kedua2 anak ku kongsi susu yang abang pun nk join adik dah mcm kembar. Betul la prinsip mkin byk demand mkin byk supply... Jadi bg yg susu badan x byk boleh la cuba practice prinsip ni. Insyallah usaha tangga kejayaan....





Kenapa ambil supplement tapi tak BERKESAN.....


Cara ambil suplemen dengan betul

Bagi anda yang mengambil suplemen Shaklee tetapi selalu merasakan tiada perubahan, posting ini untuk anda.
Sudah 2 tahun saya bergelar pengedar Shaklee, memang ada juga yang mengadu tiada perubahan ke atas tubuh badan selepas mengambil Shaklee… baru 3 hari! Setengah orang memang ada perubahan yang pantas, tapi bukan semua orang.
Ada beberapa sebab kenapa anda rasakan tiada perubahan walaupun telah ambil suplemen Shaklee. Semoga posting ini dapat membantu anda.

Kenapa Tiada Perubahan Walaupun Telah Ambil Suplemen Shaklee

Antara sebab kenapa belum ada perubahan ke atas anda adalah:

Toksin Dalam Badan Terlalu Banyak

Ada orang toksin dalam badan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan kesukaran vitamin untuk menyerap ke dalam tubuh. Suplemen boleh diserap tetapi ia mengambil masa lebih lama. Adalah lebih baik sebelum anda mengambil apa-apa suplemen anda detox dahulu badan anda.

Minum Air kurang

Kurang minum air?
Tips Ambil Air Kosong 3 liter sehari
               Tips Ambil Air Kosong 3 liter sehari
Kadang itu cakap sahaja memang sudah minum air banyak, tetapi kita sendiri tidak tahu berapa banyak. Sebab itu kena sukat bilangan air yang anda ambil. Sebaiknya gunakan sukatan.
  • 12 gelas / cawan 250ml
  • 2 botol air mineral besar (1.5liter setiap satu)
Itu contohlah, anda boleh sukat dengan sukatan yang anda selesa. Sentiasa pastikan 3 liter sehari.

Kurangkan pengambilan kafein

Dulu saya ambil suplemen, tapi pada masa sama saya suka sangat minum teh o, kadang tu teh tarik. Tapi ada pengedar Shaklee sangat cantik kulitnya, lelaki tau. Sangat jeles saya melihatnya. Saya tanyakan tips dan katanya satu masalah adalah kafein.
Pilih minuman yang mengandungi kurang kafein
    Pilih minuman yang mengandungi kurang kafein
Kafein boleh menghalang penyerapan vitamin ke dalam badan. Hal ini berlaku kerana kafein boleh merosakkan vitamin sediada dalam badan. Justeru membazir sahaja bila ambil vitamin tetapi kita masih terus menerus mengambil kafein.
Lepas saya elakkan pengambilan minuman berkafein, saya dapati kulit lebih cantik.
Untuk mengoptimumkan kesan penyerapan vitamin, anda disarankan untuk mengurangkan atau mengelakkan pengambilan minuman berkafein. Boleh gantikan dengan minuman coklat, horlics atau lain-lain.
Kalau tidak dapat elakkan pengambilan kafein, sentiasa pastikan anda tidak ambil suplemen bersamaminuman kafein anda.

Ambil suplemen bersama ubat

Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak akan menyebabkan kecelaruan sekaligus mengganggu penyerapan vitamin dengan baik.
Anda boleh ambil suplemen dan ubat, tetapi pastikan dijarakkan masa pengambilan.
Asingkan pengambilan suplemen kapsul dengan softgel. Juga ubat daripada suplemen
Asingkan pengambilan suplemen kapsul dengan softgel. Juga ubat daripada suplemen membantu penyerapan lebih optima

Dos yang tidak betul

Ini penting. Sesetengah orang beli suplemen tanpa nasihat dos yang terbaik. Dos bagi orang normal (iaitu ambil suplemen untuk sihat) berbanding dengan orang sakit, adalah berbeza. Dos pada botol suplemen adalah dos standard untuk orang sihat.
Dos orang sakit anda perlu dapatkan daripada pengedar Shaklee yang anda beli. Saya pernah kongsikan sebelum ini Makcik A yang sakit lutut sudah lama. Beliau ambil Omega Guard sampai 15 biji sehari. Selepas 40 hari tiada lagi sakit lutut dan tidak perlukan pembedahan. Selepas sihat Makcik A kembali kepada dos maintain.
Dos standard Omega Guard hanya 3 biji sehari untuk orang dewasa. Jadi, bila anda beli suplemen Shaklee pastikan anda dapatkan cara makan suplemen daripada pengedar anda. Jangan pula anda beli dengan A, anda minta cara makan dengan B. Memang tidak akan dilayan nanti.

Cara Pengambilan Vitamin

Hal ini penting, kita perlu tahu mengenai sifat dan kesan penyerapan vitamin tersebut. Ini adalah untuk meningkatkan kesan optimum pengambilan vitamin. Sentiasa pastikan anda mendapat jadual makan vitamin daripada pengedar anda.
  • Pengambilan multivitamin (Vitalea) tidak boleh diambil bersama Ostematrix (kalsium). Hal ini kerana ia mampu mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
  • Vitamin E tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa mampu mengganggu penyerapan vitamin E oleh badan.
  • Alfalfa dan vitamin antioksida lain juga tidak digalakkan untuk ibu mengandung kerana ia mampu mengakibatkan risiko keguguran pada awal kehamilan.
  • GLA tidak boleh diambil bersama Vitamin E. Hal ini kerana di dalam GLA sudah mempunya vitamin E dan jika diambil sekali,ia akan menyebabkan penyerapan salah satu daripadanya kurang berkesan.
  • Pesakit Thalasemia Vitalea kerana boleh pesakit ini tidak mampu menyerap iron dan boleh meyebabkan keracunan/lambakan iron dalam darah.
  • Pesakit SLE tidak boleh mengambil semua suplemen mengandungi alfalfa.
  • Vitamin C hanya boleh bertahan di dalam badan untuk beberapa jam sahaja, melainkan Vitamin C Sustained Release daripada Shaklee.
  • Vitamin B elok diambil pada waktu pagi untuk badan yang bertenaga.
  • Vitamin E, Omega dan CoQ10 elok diambil bersama makanan yang berlemak.
  • Kalsium dan magnesium elok diambil sebelum tidur kerana penyerapan yang optimum berlaku semasa tidur. Magnesium juga boleh membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
Adalah penting untuk anda memastikan pengambilan suplemen yang betul agar ia akan bertindakbalas dengan optimum untuk anda. Selain pengambilan vitamin, perkara lain yang anda harus ambil kira apabila merancang mengambil vitamin adalah:
Selain itu, anda boleh merujuk kepada infografik di bawah untuk cara pengambilan suplemen yang optimum.Infographic-Cara-Makan-Vitamin-Suplemen-Yang-Betul.jpg (600×5277)

#credit to Raihana Ahmad

Thursday, 1 October 2015

Alhamdulillah aku hamil zuriat kedua.....

Dah lama x update blog, ni cite dah basi aku pun dah bersalin tp saja je nk kongsi...Siapa sangka rezeki anak kedua cepat plak, anak sulung aku bru umur 10 bulan dah pregnant balik. Masa tu aku bru lewat period 2 hari sesaje test skali kuar 2 line x terkejut mak.... cakap kt cik husband pun die terkejut... x sangka rezeki kali ni cepat... aku mmg x de amik ape2 protection sbb pk sblm ni nk dapat anak lmbt tu ingatkan nk dapat yang no 2 pun lambat.... Sekali hamik ko cepat... nak buat mcmne dah rezeki... tu semua kerja ALLAH kite hanya merancang...hehehehe

ni gambar upt 
Ramai kawan2 yang x tau aku pregnant siapa yang slalu jumpe je tau... Bukan ape mls nak kecoh2 sbb ade ramai lg kawan2 yang masih menanti zuriat aku faham perasaan diorang... Pregnant kali ni mmg senang xde mabuk2 pun.. alhamdulillah..

Aku xde mengamalkan apa pun utk conceive kali ni, mungkin sbb aku mmg pengguna setia produk SHAKLEE jd bdn sihat tu yang senang lekat semua tu dengan izinNYA. Aku amalkan kn produk shaklee sbb aku full breastfeed. Jd bile badan sihat mmg senang la nk lekat... bagi yang belum dikurniakan zuriat cuba la ikthiar dengan produk shaklee sbb aku dr sblm mengandung anak pertama mmg pengguna setia produk shakleee. Mase mengandung pun mkn vitamin shaklee...pantang pun dengan shaklee..
ni semua set yang aku amalkan....
ni set yang aku amalkan sblm mengandung anak pertama


Semoga dengan perkongsian ni dapatlah memberi info kepada anda semua...insyallah dengan izin ALLAh apa yang dihajati akan tercapai... okey nnt sambung cite bersalin plak....





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Berminat? Sila emailkan kepada marinimohidden@gmail.com Or SMS ke 012-6101476 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.

Tuesday, 26 May 2015

Percuma Vitalea Untuk Ahli Shaklee Baru

Sempena Ulangtahun SHAKLEE yang ke 100... Shaklee berbesar hati memberi PERCUMA Vitalea aka multivitamin tertua dunia.... dengan syarat anda jadi ahli dan beli je apa2 produk x kiralah mahal @ murah... 

X ke best macam tu.... Tawaran ni sampai 31 Oktober je tau... Jangan lepaskan peluang... Ruginye.... 



Monday, 25 May 2015

AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIAT

Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
  • Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
  • Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa

Amalan kedua.
  • Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
  • Isteri hendaklah membaca "Ya Awwal" (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca setiap hari "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
  • Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

INSYA-ALLAH...

Sunday, 8 June 2014

Kekal bertenaga bagi Ibu Menyusukan Anak

Assalamualaikum..

Dah lama x update blog..sejak ada baby ni saya x mampu lg nk manage masa...hehehehe hai teruk betul mcm die sorang je yang beranak...

Bulan puasa dah x lama lagi jadi saya nak berkongsi cara terbaik untuk ibu2 yang menyusukan anak bagi memastikan tubuh kite bertenaga semasa berpuasa. Saya pun akan mengamalkannya untuk pastikan anak kesayangan saya Muhammad Muizzuddin dapat susu terbaik dari ummi nye... :)

Waktu Sahur:
  • Makan nasi atau apa jua juadah .digalakkan makan sup..dan makanan yg tinggi protin.
  • Makanlah kurma at least 3 biji kurma.
  • Minum segelas Pefromance Drink dan segelas ESP atau boleh mix Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
Waktu Berbuka:
  • Berbuka dengan juadah berbuka...with kurma...amat digalakkan
  • Minum segelasPerformance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
  • Makan 2 biji Alfalfa
  • Mkn 1 bj vitalea, 1bj bcomplex 1bj vita C
Sebelum tidur:
  • (1) Amalkan minum segelas ESP.
  • Makan ostematrix 2-4bj dan vitamin lain sepeerti Omega atau GLA
Semoga jadual ni dapat membantu kawan2 dan diri saya juga memberi yang terbaik untuk ank kite...


* credit to mamafaiz untuk jadual mkn vitamin

Saturday, 9 November 2013

Hamil bersama SHAKLEE

Assalamuallaikum... salam sejahtera...

Syukur alhamdulillah setelah menunggu 5 tahun akhirnya saya di sahkan hamil..... Syukur ya
ALLAH akhirnya kau kurniakan anugerah yang x terhingga....

Saya nk berkongsi dengan anda semua saya mengamalkan produk shaklee GLA ngan B Complex. makan GLA sbb saya ada fibroid ngan sengugut yang teruk. Pas consume GLA sengugut x la teruk sgt mcm dlu... sbb klau saya period biasenye confirm saya MC x larat nk g keje... B Complex saya mkn sbb ada asid folic sesuai sangat bg mereka yang tengah berusaha untuk mengandung ...

Lama juga saya consume 2 produk ni dlm 5 bulan, tp biaselah kadang-kadang terskip jugak...hehehehe bagi kawan2 yang tengah berusaha meh la try produk ni, moga rezeki kalian pula lepas ni...



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Berminat? Sila emailkan kepada marinimohidden@gmail.com Or SMS ke 012-6101476 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.


Tuesday, 4 June 2013

Promosi Shaklee Jun MEALSHAKE

Jom ramai-ramai dapatkan mealshake..... mesti anda tertanya2 kenapa nak dapatkan mealshake ni???? sebab bulan ni SHAKLEE promosi mealsaha beli 6 akan dapat 1 FREE.. mau x untung.... :)



Lagipun mealshake bagus untuk 1 keluarga mengandungi vitamin yang diperlukan oleh tubuh....




Boleh diminum dari kanak kanak berumur 1 tahun ke atas sampai la ke umur kita yang dewasa ni. Rasanya sangatsedap.. sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusu, mereka2 yang inginkan kulit yang cantik danpastinya..body builder.. memang dialu alukan utk mencuba..

Kebaikkannya adalah boleh atasi masalah sembelit, kurang selera makan, eczema, kanak kanak yangmenghidap asthma juga sudah terbukti semakin sihat.. 
Diantara khasiat khasiat Mealkshake ini adalah :-




1. Kalori
Ada 120 kalori dalam Meal Shake Shaklee. Jika anda membuat ‘shake’ dengan susu rendah lemak, kalorinya sekitar 240 kalori. Jika anda mencampurkan mealshake dengan ‘whole milk’ anda akan mendapatkan kalori sekitar 330 kalori.




2.Lemak
Mealshake Shaklee hanya mengandungi 0.5 g lemak , sebelum ditambah susu.




3.Karbohidrat
Ada 23gm karbohidrat dalam 1 / 4 cawan Mealshake. Untuk satu bahagian mengandungi 3gm serat. Ada 18gm gula dalam satu hidangan Mealshake. Apabila susu ditambah, tahap karbohidrat dan gula akan meningkat.




4.Protein
Untuk 1 / 4 cawan, campuran Mealshake mengandungi 7gm protein. Selepas anda mencampurkannya dengan susu, kandungan protein akan meningkat secara signifikan. Dalam beberapa kes, akan berlipat ganda, bergantung pada jenis susu anda tambah.




5.Vitamin
Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, anda akan mendapatkan , 25 peratus vitamin A, 30 peratus vitamin B6, 20 peratus vitamin B12, 30 peratus vitamin C, 10 peratus vitamin D, 35 peratus vitamin E, 30 peratus daripada thiamin, 10 peratus riboflavin, 35 peratus niacin, 35 peratus folat, biotin 35 peratus dan 30 peratus asid pantotenat.




6.Mineral
Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, anda akan mendapat 20 peratus kalsium, 35 peratus daripada besi, 15 peratus daripada fosforus, 25 peratus daripada magnesium, 30 peratus zinc, 35 peratus daripada selenium, 35 peratus copper, 35 peratus manganese dan 35 peratus molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium.
*credit nour fieza





* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Berminat? Sila emailkan kepada marinimohidden@gmail.com Or SMS ke 012-6101476 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.

Thursday, 16 May 2013

Pengedar anda di Seremban



Nama: Nor Azyyati Mat Razai
ID:913031
FB: nor azyyati
Page : myshaklee4u
HP:0164436143
Emel: azyyatimatrazai@yahoo.com
Blog: myshaklee4u.blogspot.com
Alamat: Taman Bandar Senawang
         COd: Seremban,Senawang,Paroi,Sikamat,Kota Warisan,Salak tinggi

Monday, 13 May 2013

KENCING MANIS @ DIABETES


Vivix Bantu Rawat Kencing Manis

Apa itu kencing manis?
Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

        Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.




Punca Kencing Manis
(Penemuan TERBARU Dalam Dunia Perubatan Oleh Dr. Rais Bin Abdullah)




 Jom amalkan tonik ajaib dari Shaklee iaitu Vivix! Berupaya membantu merawat kencing manis, darah tinggi dan macam-macam lagi. Yang paling best ianya anti-penuaan!


"Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, 
Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan 
fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.  
Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee."


Mari kita baca serba sedikit apa itu polifenol yang penuh khasiat ini.

"Kandungan polifenol hadir dalam pelbagai hasil tumbuhan seperti buah, sayur, dan juga teh herba sebagai salah satu komposisi penting dalam diet manusia dan haiwan. Kebaikan polifenol menyediakan bantuan terbaik menentang pembentukan penyakit kronik adalah kerana ia mengandungi komposisi antioksida"

Poilfenol inilah yang akan melindungi sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. Caranya ia mengikat radikal bebas dari menyerang tubuh kita dan mencegah inflamasi dan peradangan sel tubuh. Bukan itu sahaja malah ia menurunkan kadar risiko penyakit jantung, kanser dan alzheimer. Sifat antioksidannya yang kuat membuatkan ianya begitu istimewa. Bila ianya melindungi sel, secara tidak langsung akan mengekalkan awet muda kerana ia melambatkan penuaan sel.

  Jom baca testimoni yang telah mencuba pulak! 



Dah habis beribu-ribu kan cuba ubat itu, ubat ini masih tak berkesan? Jom cuba Vivix dari Shaklee pula. Mana tahu berkesan dah serasi. InsyaAllah dgn izinNya 

*credit mama darwisy

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 


Berminat? Sila emailkan kepada marinimohidden@gmail.com Or SMS ke 012-6101476 untuk mendapatkan harga istimewa bagi setiap produk!! Sebarang penolakan dari Shaklee (M) tidak menjadi tanggungjawab kami. Harap Maklum.